Sunday, August 6, 2017

LEPAS TALANG. TALANG LAGI DI KELONG MAMUD

kalau musim talang, hasil sebegini biasa saja di kelong mamud
Macam biasa kalau dah musim talang aku buru talang. Gred ikan jangan dikira sangat tapi strike talang tu yang penting. Best juga la kalau melauyan talang di kelong Mamud. Kalau nak best lagi guna saja set yang ringan dengan 'main line' tak lebih 10 lb. Mau mencicit sistem tegangan kalau nak daratkan talang dengan dengan 'main line' macam ni. 
Ada orang tak minat layan talang ni kerana mudah sangat katanya. Lantak korang lah, korang nak cari yang susah. Bagi aku dapat tarik ikan memang best sangat. Lupa la sekejap anak bini kat rumah kalau dapat tarik ikan. 
Tahun 2017 musim panas agak lewat berbanding tahun2 yang lepas. Jadi kemuncak talang banyak pada bulan Ramadhan. Lepas raya hujan masih kurang turun. Anak tamban kecil pula banyak pada tahun ini. Apalagi, memang pesta talang telah bermula lagi. 
Macam biasa, sehari dua arus mati, waktu yang sesuai memburu talang di kelong Mamud. Masa ni, arus berkembang pasang agak lewat dan penuh lebih kurang pukul 10pagi ke atas. Kalau talang dah masuk, memang berlari aku menarik ikan dan menukar umpan. Kekadang tak sempat sentak joran ikan pun terlepas. Siapa nak cuba pergilah. Tapi biasanya pada musim ikan begini ramai pemancing yang datang. Otai-otai kelong awal lagi dah booking kelong. ramai juga yang berweekend kat atas kelong setiap minggu.

UMPAN KEGEMARAN AKU MEMBURU PATIN SUNGAI LANGAT

lebih harum dan wangi lebih baik
Sebelum ini aku belum lagi terjerat memancing ikan patin sungai Langat walaupun selalu diajak oleh kekawan. Bukan tak nak tapi betul la seperti orang kata 'tak kenal maka tak cinta'. Nak jadi cerita, Aku dapat seorang kawan yang sesama menjaring ikan di pantai Klanang. Selain menjaring, dia ni juga selalu turun muara sungai Langat memburu patin liar. Oleh kerana nak jaga hati kawan aku pun ikut juga dia memburu patin liar sungai Langat. 
Aku guna umpan roti gardenia sahaja sebab malas nak cari buah lakum atau berembang. Aku gaul paste strawberry yang aku bancuh dengan paste pisang dan juga paste nenas. Nak jadi cerita lagi, umpan aku memang mengena sangat  berbanding umpan kawan aku tu. Apa lagi, jalan menegak la aku apabila berjumpa dengan dia. Hahahahaha...
Setahu aku ramai kaki pancing kat Sungai Langat ni guna roti gardenia kosong ataupun gaul dengan paste biasa sahaja, tetapi dengan penggunaan paste yang lebih baik mendatangkan hasil yang jauh lebih baik. Aku syorkan la kalau ada umpan yang power-power tu keluarkan sahaja.
Aku guna paste strawberry 2Fly sahaja kerana murah dan bau bolehnya boleh tahan.

Wednesday, July 26, 2017

APA BEZA KHATIB DAN PEPAHAT?

khatib atau pepahat ni?
Bagi mereka yang tinggal di Kuala Langat sudah biasa mendengar perkataan khatib atau pepahat. Kalau sekali dengar mungkin orang menyangka khatib tu imam yang duk baca khutbah jumaat atas mimbar masjid. Kalau dengar pepahat mungkin ramai yang menyangka pepahat tu alat pertukanagan tangan nak buat lubang pada kayu. Tak salah pun sebab sememangnya perkataan khatib dan pepahat merujuk pada perkataan banyak makna.
Sebenarnya khatib dan pepahat yang aku maksudkan ialah siput buluh atau 'razor clam'. Sejenis siput yang berbentuk selinder tinggal dalam pasir. Kebiasaan umum ramai orang menyebut pepahat atau siput buluh sahaja. Bagi yang tinggal tepi pantai Morib atau Klanang amat mengetahui terdapat perbezaan yang ketara antara khatib dan pepahat. 
ini khatib
Kebanyakan siput buluh yaang terdapat dipasaran sebenarnya khatib bukan pepahat. Khatib yang seakan pepahat tinggal setempat dengan pepahat. Khatib sebenarnya lebih pendek berbanding pepahat. Isi khatib lebih sedap dan lembut berbanding pepahat. Begitu juga harga khatib juga lebih tinggi berbanding harga pepahat. Cara nak ambil khatib juga lebih mudah berbanding pepahat. Kebanyakan siput buluh yang ada dalam pasaran ialah khatib dan bukan pepahat walaupun umum menyebut pepahat.
Manakala pepahat pula memang seakan khatib lebih panjang dan besar berbanding khatib. Isi pepahat lebih liat berbanding khatib. Kalau nak ambil pepahat lebih sukar di mana kita perlu menggunakan cerucuk besi untuk menarik pepahat keluar dari dalam pasir. Manakala kita hanya menggunakan kapur sahaja kalau nak ambil khatib.
Di bawah ini aku letakan gambar untuk membezakan antara khatib dan pepahat. Maklumat aku ni berdasarkan pengalaman aku sendiri mencari siput buluh serta maklumat nelayan tempatan. Kalau ada salah silap bagi maklumat ini boleh komen dalam ruang ulsasan.
ini pepahat
agaknya ini khatib atau pepahat?

Kalau sudah pasti ini apa pula?

Tuesday, July 25, 2017

LAYAN TALANG VS LAYAN JENAHAK

talang belasan kg masih mampu menghambur diri di udara
Kekadang aku pun tak paham dengan kaki pancing ni. Kebiasaan yang aku lihat ramai kaki pancing ni agak ego. Itu dah biasa sahaja sama seperti aku ni juga. tapi ada yang lebih pelik kalau bercerita keseronokan memancing. 
Ada kaki pancing datang bercerita.
Katanya," Aku ni memancing kerana memang suka melayan tarikan ikan".
Tambanya lagi,"Aku tak layan la tarik ikan talang ni. Tak ada standard. Paling kurang pun tarik jenahak juga yang best".
Ayat pertama katanya memancing kerana suka melayan tarikan ikan tetapi ayat yang kedua seperti menafikan balik ayat yang pertama.
 Setahu aku, kalau orang yang suka layan ikan suka menarik ikan talang kerana lebih kuat dan ganas berbanding ikan jenahak yang lebih pasif. Kebiasaanya ikan yang ada gaya sporty ni memang tak ada kelas atau harga dalam pasaran seperti todak, bandang, temanang atau bulan, talang dan juga layaran.
Kalau nak cari lauk memang la ikan yang ada harga seperti kerapu, jenahak, ikan merah dan sebagainya.
jenahak mahir melarikan diri di dalam karang atau celahan
Bagi aku mudah sahaja. Ada pelbagai cara dalam aktiviti menangkap ikan. Keseronokan tu atas diri memasing.Ada yang suka guna koyan sahaja. Katanya seronok dapat ikan besar-besar. Ada yang suka guna jaring sahaja. Dapat banyak ikan dan senang katanya. Ada yang memancing di laut dalam sahaja kerana ada banyak ikan katanya. Ada yang memancing dalam kolam sahaja kerana mabuk tengok air laut. Terpulang pada memasing tapi kalau cakap tu biarlah berasas dan tak berbolak balik macam bodoh ego campur sombong gitu. Kekadang cakap kita seperti menghina orang lain yang baru belajar memancing macam aku ni.

pakar melepaskan diri celahan batuan, tiang atau karang



GETARAN STRIKE BANDANG DI KELONG POZI

ini saiz terbesar bandang yang aku daratkan
Ikan bandang ni kalau diikutkan rekod kat kelong Pozi tak la sebesar manapun. Paling besar yang pernah aku daratkan baru bersaiz 2.5 kg sahaja. Lain lah kalau kat luar sana laut lepas mungkin ada yang bersaiz belasan atau puluhan kg. Sebaik perambut dalm lingkungan 30 lb sahaja tetapi kena double dekat hujung kerana gigi ikan bandang berpasir seperti senangin. Kalau dah dua tiga ekor strike sebaiknya buat double semula di bahagian hujung dekat mata kail.
Jadi, kalau kita nak rasa getaran strike bandang, sebaiknya guna set ringan sahaja dengan kekuatan main line dalam lingkungan 10 lb. Pertama, main line senang keluar dari spool semasa melontar umpan. Tak guna pemberat pun boleh. 
lompatan bandang dari awal hingga penamat
Keduanya lebih peluang strike kerana ikan tak curiga dengan main line dan juga kita lebih sensitif kalau ikan sudah meragut umpan. Ikan bandang ni memang jenis menyambar tetapi agak sensitif apabila terasa ketegangan main line. Jika terasa sangkut, bandang terus menghamburkan diri lalu membuang umpan dalam mulut.Ketiganya, kita dapat menikmati tarikan bandang yang pasti akan melambungkan diri sehingga saat hendak diangkat ke atas kelong. Kalau rabut jangan putus asa, terus cepat-cepat pasang umpan lagi. Kalau bandang dah mula makan, tak mustahil macam pesta.

SYURGA BANDANG DI KELONG POZI

LADYFISH ATAU BANDANG

MILKFISH ATAU IKAN SUSU

Setiap tahun antara Mac hingga Ogos aku memang intai Kelong Pozi. Pertama antara bulan ni cuaca paling baik iaitu panas dan hujan kurang lebat berbanding bulan-bulan lain. 
Keduanya ialah banyak jenis ikan yang masuk area Kuala Lukut. Antara spisis yang masuk antara Mac dan Ogos seperti GT, ebek, daun baru, gubal, bandang dan gerung belang.
Berbalik kepada spisis bandang atau ladysfish. Ikan bandang boleh ditemui di muara atau dalam kolam tinggalan berhampiran sungai air masin. Selain itu bandang juga boleh dipancing di bawah-bawah jeti yang menganjur ke dalam laut. Berbeza di kelong Pozi, memancing ikan bandang di Kelong Pozi boleh dijadikan salah satu kenangan yang manis dalam dunia hanyir. Apa taknya, aku sendiri sudah beberapa kali melalui saat-saat di mana ikan bandang seperti berbaris menunggu umpan yang dilontar. asal campak umpan sahaja terus strike. Lontar umpan  terus strike lagi seperti memancing anak puyu berebut umpan kelkatu. 
Pengalaman yang aku alami ni turut dikongsi dengan beberapa pemancing lain yang pernah melalui saat ini. 
"aku tak pernah alami heaven memancing seperti ini. Asal campak umpan terus strike",celoteh beberapa pemancing.
Memang aku akui, Kelong Pozi memang lubuk bandang yang sukar di cari ganti. Kalau betul bandang dah masuk bukan setakat puluhan malam ratusan strike boleh berlaku dalam sejam dua sahaja. Kalau dalam keadaan begini, memang joran dalam gemgaman sahaja.
Tapi ada juga pemancing tak dapat melalui saat ini walaupun dalam musim bandang masuk kelong.  Antara faktor yang utama menyebabkan bandang menjauhkan diri apabila terlalu ramai pemancing yang buat bising atas kelong. Eh, ada yang datang kelong pasang radio pastu karaoke lagi. Memang tak merasa la tarikan bandang. 
Faktor kedua ikan bandang menjauhkan diri apabila ikan baracuda turut serta berkhemah bawah kelong. Memang ikan bandang cabut lari kalau baracuda sebesar batang nibung dengan barisan gigi pemotong datang ke kelong. 
Tapi tak mengapa. Kalau ada rezeki, boleh la mencuba nasib di Kelong Pozi di antara bulan yang disebut. Jangan lupa bawa umpan udang hidup, lagi kecil saiz lagi cepat strike.

SIAKAP JETI POZI

Pada bulan Ramadhan 2017 ni aku kurang aktiviti ke laut. Pergi balik layan patin sungai Langat saja. Nak jadi cerita, kalau gian ke laut dah mari. apa saja halangan pun aku redah saja.
Pada malam tu, aku pergi cari umpan udang hidup dalam jaring belat di Kampung Indah Kuala Langat. Dapat banyak juga umpan udang hidup. Banyak yang bersaiz umpan saja tapi tak kurang juga udang bersaiz lauk yang aku dapat.
Aku bergerak ke jeti Pozi bersama kawan baru iaitu Im. Kami gerak selepas solat subuh, kira awal la aku gerak sebab tak tidur selepas sahur. Kalau tidur selepas sahur alamat ke laut la tak dapat pergi mancing. Aku sampai jeti Pozi pun dah cerah tapi suasana sunyi mungkin kerana bulan Ramadhan, orang tak keluar memancing. Air sungai nampaknya sudah penuh tepu dan arus pula bergerak perlahan patah balik ke laut. Tandanya arus baru start surut.
Air sungai pula memang jernih berbeza daripada hari kebiasaan mungkin cuaca panas sudah seminggu. Kompom air sungai masin macam air laut. Di tengah sungai kelihatan percikan halus anak tamban gemercik melarikan diri dari disambar sang pemangsa.
Apa lagi, aku terus suruh Im pasang joran dengan segera. Kami pasang dua batang joran sahaja. Sebatang joran aku dan sebatang lagi joran Im. Joran Im pun aku yang lontar. Selepas lontar umpan joran Im aku terus sandar pada pagar jeti lalu pergi. Manakala Im pula. melihat jorannya sudah dilontar dia terus bergerak ke jorannya. Sesampai saja dia dekat joran, terus saja dapat satu strike yang ganas. Im terus saja sambut joran dan membuat beberapa kali sentakan namun tali dalam kekili terus bergerak keluar menuju ke tengah sungai. tetiba, pang... putus di tengah. Aduh, memang panas betul. Kenapa tali utama putus di tengah. Mungkin kecuaian jaga tali inilah akibatnya. Menyesal kemudian tiada gunanya.
Melihat joran Im dah putus, aku pun berbalik kepada joran aku yang senyap saja dari tadi. Aku lihat tali utama tetap tak bergerak tetapi yang peliknya tali utama tak hanyut walaupun arus makin laju. Aku pun saja gatal tangan mengarau kekili tetapi terasa berat pula. Eh... ada ikan pula hujung mata kail joran aku ni. Eh.. siakap pula tu tetapi yang hairannya siakap tu senang saja dikarau naik tanpa melawan. Mungkin ikan siakap ni dah lama kena mata kail tetapi tak sedar.
Semasa arus bergerak makin laju, kami pun bersiap untuk melunaskan satu lagi misi. Misi utama yang menjadi agenda 

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih