Wednesday, September 7, 2016

ENAKNYA IKAN SEBELAH

tangkap 2 belah baru dapat seekor

Ikan Sebelah Laut atau juga dikenali sebagai ikan sisa Nabi, merujuk kepada sekumpulan ikan dalagenus Pseudorhombus atau Achiroides
Ada juga orang panggil ikan sebelah dengan nama panggilan selidah kerana bentuk dan gaya gerakan badan ikan ini memang licik seperti lidah.
ikan sebelah ada banyak spesis
Ikan berbadan pipih ini suka sekali menyamar, menyesuaikan dengan kondisi lingkungannya dengan cara memendamkan badannya ke dalam lumpur atau pasir di dasar taut, sementara hanya matanya yang muncul ke permukaan. Matanya dapat diangkat atau diturunkan dan digerakkan dengan bebas. lkan ini memakan terutama binatang berkulit keras, hewan tak bertulang punggung. Tanpa gerak,dengan sangat sabar ia menunggu mangsanya sampai mangsa benar-benar dekat dan lengah dengan gerakan yang sangat cepat dan mendadak menyergap, jarang sekali mangsa dapat lolos dari sergapannya. Sepertinya predator ini diciptakan demikian, pertama untuk melindungi diri dari predator yang lebih besar, kedua untuk memudahkan ia memangsa.
Ramai yang belum mengenali ikan sebelah kecuali kaki pancing dan nelayan. Untuk pengetahuan korang, daging ikan sebelah ni memang sedap dan rasanya manis seakan ketam atau jenahak. Itu ikut selera lidah aku la. Lidah korang tu korang rasa sendiri. 
Kulit ikan ini juga boleh ditanggal atau disiat meninggalkan isinya yang berwarna putih.Bagi ikan yang masih segar dan baru, kulit ikan sebelah agak sukar ditanggalkan.
Kalau kat pasar agak susah nak dapatkan stok ikan sebelah ni kecuali di pasar yang berhampiran pantai memang banyak ikan ni dijual. 
Bagi aku, kalau nak makan ikan ni boleh saja pasang umpan pada mata joran atau pergi pasang jaring tepi pantai. ikan sebelah sedap digoreng, ditumis, dicili atau digulai. Pilih sahaja menu selera anda, rasa ikan sebelah memang tip top berbanding harganya yang masih murah semasa catatan ini ditulis.

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih