Monday, September 11, 2017

TIPS KEJAYAAN MEMANCING DI KELONG 4 : SUASANA

umpan utama kelong pozi iaitu senyap
Memancing ni boleh dikatakan hobi yang agak mahal. Selain memerlukan peralatan yang agak mahal, kini kaki pancing perlu membayar sewa bot atau port memancing yang juga bertambah mahal mengikut keadaan pasaran. Selain itu, penggunaan umpan tiruan turut menambah kos dalam aktiviti memancing. Walaubagaimanapun, setiap sen kos yang kaki pancing keluarkan pasti berbaloi jika mendapat hasil yang berbaloi. Di bawah ini aku sudi berkongsi 'Tips Kejayaan Memancing Di Kelong' semoga setiap pelaburan kita dalam aktiviti memancing berbaloi.

Mengzahirkan suasana yang harmoni dan aman damai juga sangat penting semasa memancing di kelong, rumah rakit atau suatu struktur binaan lain. Biasanya kawasan binaan di bina di kawasan yang cetek. Ikan yang datang ke struktur binaan memang nak cari makan. oleh kerana cetek, sensitiviti ikan terhadap bunyian agak sensitif. Bukan nak mengutuk sesiapa, kebiasaannya orang yang datang memancing kerana nak lari dari dunia kesibukan kerja dan stress. Tapi, kalau datang memancing datang bawa gitar, bawa radio, ada yang siap bawa set karaoke lagi aku syorkan pergi sahaja disko atau kelab malam. memang tak sesuai langsung .
gerung ni sambar umpan betul2 di kaki tangga saja

 Aku bagi contoh di sini.
i. Kelong pozi kuala Lukut memang terkenal kerana terlalu cetek. Apabila arus surut, kedalaman menjadi lebih kurang 6 hingga 7 kaki sahaja. Apabila suasana menjadi agak bising, ikan tak akan menghampiri kawasan kelong dan pemancing akan pulang hampa. Tetapi apabila pemancing sudah ramai yang pulang, tak sampai sejam selepas itu pasti kita akan mendapat sambaran yang yak disangka. Aku memang lama dan agak arif tentang kelong Pozi berbanding kelong lain. Sebab itu aku selalu katakan, umpan terbaik memancing di kelong Pozi ialah diam dan senyap.

ii. Walaupun kelong Mamud tengah agak dalam, tetapi jika terlalu bising maka ikan tamban yang banyak juga turut menjauhkan diri dari kelong. Ikan besar yang memburu ikan tamban turut beredar mengikut ikan tamban yang menjauhkan diri dari kelong kerana suasana bising. Maka tak hairanlah kalau anda membangau pada hari tersebut. Pengalaman ini aku pelajari semasa membawa trip yang terlalu ramai memancing di Kelong mamud.

jenahak, ebek,bandang dan anak gt menyambar umpan jarak 10 kaki dari kelong
iii. Ada orang datang ke kelong sekadar nak rilex sahaja. Ada juga datang dengan niat yang utama iaitu memancing. Aku harap yang datang nak rilex tu memahami jiwa orang yang memancing. Bukan itu sahaja, kalau kaki pancing sekali pun tak perlulah terjerit tatkala mendapat ikan

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih