Sunday, September 10, 2017

KOYAN SIAKAP DAPAT KERAPU DI KELONG MAMUD

kelong mamud tengah
Itu namanya rezeki memancing. Tak ada la rezeki tu datang bergolek melainkan atas usaha dan ikhtiar kita sendiri. Aku ni jarang pasang koyan. Kebiasaannya aku lebih suka memancing guna joran lagi. Bukan tak suka tetapi kalau dah layan joran memang tak sempat nak layan koyan. 
Nak jadi cerita, bulan julai ada banyak siakap masuk ke kelong. Apabila aku pasang lampu bawah kelong kononnya nak cari cumit, melayang-layang dua tiga ekor siakap bawah lampu tu. Bukan main geram lagi aku tengok. balik rumah aku terus repair balik khazanah koyan aku yang tak pernah guna.
Semasa aku pergi memancing dengan ustaz Din sempat aku layan koyan,. Ustaz Din memang rajin plak cari umpan jadi boleh aku ruang sikit masa nak pasang koyan. Malam tu aku pasang 7 koyan dengan berumpan tamban hidup tetapi malangnya sampai ke pagi tak ada siakap yang sudi menyambar umpan koyan aku. samada aku pasang salah teknik ataupun siakap memang tak sudi. 
setahu aku ini anak kertang
Pagi esoknya aku pasang balik umpan koyan. Nak jadi cerita, ikan talang plak yang banyak masuk. Berkejar-kejar aku menarik joran. Macam biasa ustaz din sibuk cari umpan. Kerana kesibukan dan keasyikan melayan talang sampai aku terlupa nak tengok koyan aku. 
Sedang asyik melayan talang tetiba salah seorang pemancing yang aku kenali tapi tak tau nama memanggil. Katanya koyan aku telah mengena. Terus aku berlari menuju bawah kelong sambil berangan siakap yang ada dihujung mata kail koyan.
Sesampai sahaja aku terus tarik koyan dan yang timbul seekor kerapu naga bersaiz 2 kg. Terus sahaja aku tarik naik. Tak terpikir pula aku kerapu yang nak mengena koyan kerana aku pasang umpan paras tinggi dari dasar kelong. Arus air pula tengah surut. Mau kerapu naik kepermukaan lalu menyambar umpan tamban.
Pikir pun tak guna, yang penting rezeki aku dah dapat kerapu. Kerapu tu pula aku jual kat Miloy nasi lemak sebab aku dah janji. Jual murah kat kawan-kawan apa salahnya. Yang penting aku ada story nak tulis sebab dah lama bebenar aku menyepi .

No comments:

Post a Comment

AKU SEORANG PEMANCING

My photo
sepang, selangor, Malaysia
Selain memancing, aku juga berminat dengan aktiviti ronda-ronda mengembara. Dengan itu, selain cerita memancing aku juga boleh menulis cerita-cerita perjalanan pengembaraanku.

SECUBIT UMPAN

Terima kasih kerana sudi membaca. Jadilah rakanku Terima kasih